Assalamualaikum semua...
Dah lama tak update blog kan...mana taknya, asyik busy jer smpai nk update pun tak sempat.. jari2 ni rasa mcm nk je type mcm2 tp disebabkan masa tu kdg2 terhad dgn kerja, takde kesempatan nk story2 kat blog nie.. that's why waktu mlm jer la paling sesuai nk update...
Hmmm...Rasanya masih belum terlambat nk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013... Tahun baru ni nampaknya menjelma dengan penuh kesyukuran dan keceriaan buat semua...
So, apa azam tahun baru ni?? mesti byk azam dan impian yang ingin dicapai pd tahun baru ni kan... well, tentu semua org dh set on mind dan telah semat dlm diri bahawa setiap kali munculnya tahun baru, mesti akan ada pelbagai azam, impian dan cita2 yg ingin digapai dlm hidup...
Walaupun masih byk lagi azam dan impian yg belum tercapai pd tahun sebelumnya tetapi tetap bersyukur dengan apa yg telah dikurniakan dan Insyaallah, semoga apa jua perkara dan impian yg dihajatkan pada tahun ini pula akan menjadi kenyataan suatu hari nanti..
Sbg hamba Allah yg merendah diri dan sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan dari-Nya, kita seharusnya perlu bersyukur pd nikmat yg tak terhingga yg telah Allah S.W.T berikan kpd kita kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas dalam muka bumi ini..Diberi peluang untuk menjalani kehidupan yg berliku dan menempuh pelbagai cabaran, dugaan dan ujian untuk menempuh tahun-tahun mendatang dengan penuh kesabaran serta ketaqwaan..
Sempena tahun baru ni, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk semua terutama buat ibu bapa, keluarga, saudara-mara serta seluruh umat islam di seluruh dunia...Semoga apa jua cabaran dan dugaan yg bakal ditempuhi pada tahun ini akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya dan dpt memperbaiki diri dengan lebih sempurna...
Terlalu banyak kenangan dan pelbagai peristiwa yg telah ditempuh sepanjang tahun 2012...Semoga tahun baru 2013 membuka lembaran baru untuk menempuh hari-hari mendatang dan berazam untuk menjadi muslimah yg solehah, lebih fokus pada kerja, diberi ganjaran rezeki yg melimpah ruah dan mohon dikurniakan jodoh dan teman hidup yg baik, sempurna serta dapat menjaga dan menyayangi diri ini seadanya satu hari nnti, Insyaallah...
Apapun, terima kasih diucapkan buat semua yg sentiasa memberi dorongan, semangat dan kasih sayang khususnya buat ibu bapaku dan juga ahli keluargaku yg tercinta...Semoga ikatan kekeluargaan dan kasih sayang akan sentiasa terjalin hingga ke akhir hayat.. Sayang kamu semua...:-)
More stories will update soon, Insyaallah...
Ceriakan hati & Jaga kesihatan diri..
Take care & Smile alwayz everyone...:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan