Assalamualaikum…..
Malam yg sgt sejuk sbb dr ptg
asyik hujan je kat Klang ni… Nk tunggu idea dtg time2 mcm ni mmg boleh buat pening
jer kan..Ok, never mind…As long as idea menulis tu ada jer kat dlm minda ni… Sebenarnyer,
byk ilham nk dtg tp byk sgt gangguan yg dtg smpai takde masa nk menulis bila
ada kesempatan… Kdg2 rasa mcm takde benda yg boleh dibuat melainkan kerja…
kerja… dan kerja…
Rasa mcm nk luahkan jer semua perasaan
yg ada dlm hati ni tapi kdg2 takde org akan faham apa yg kita alami skarang….Masa
terluang hanyalah dengan family dan LAPTOPUSku sahaja…. Well, bukan takde kwn2
yg boleh ajak keluar berjalan2 tp sy ni jenis yg tak suka ganggu kesibukan org lain,
tak suka keluar malam (kecuali dgn family, mmg suka jln2 sbb masa terluang
lebih pd mereka) dan tak pandai nk bergaul dengan orang yg terlebih sosial sbb
sy ni boleh dikatakan seorang pendiam dan lebih suka mendengar apa yg org lain
ckp daripada byk bercakap…bukan tak peramah cuma mgkin sifat sy ni diwarisi
dari Abahku sbb my mom adalah seorang yg sgt suka bercakap (abah ckp hari2 mak asyik
membebel jer..huhuhu…bukan mengata ye tapi itulah kebenaranya, my mom suka ckp…) Dari zaman sekolah lg mmg sy ni pendiam dan hanya akan bercakap dengan banyak utk
perkara yg perlu shj… bukan apa, kdg2 apa yg kita nk ckpkan atau borakkan
dengan kwn2 mesti akan ada yg menyelit @ menyampuk smpai satu tahap kita akan
diam dan biarkan org lain bercakap… ok….mmg salah sendiri la sbb tak nk byk
cakap tp disebabkan malu, segan, tak pandai nk bergaul, ni la jadinyer…tak
salahkan org sekeliling tp mgkin faktor kurang bercakap buat kita jd mcm ni…
sbenarnye byk juga faktor tp diri sendiri yg seharusnya dibetulkan dahulu kan…
Stress mula menyinggah dlm hidup
ni sebenarnya dtg dari dalam minda dan diri sejak dari azali lagi… Apapun
situasi stress yg berlaku, rasanya sejak dari bayi lagi kita dh stress… setuju
tak?? itu cuma pandangan sahaja…entah betul atau tak..
Ok, utk hari ni, jenis stress yg
nk diceritakan ini cumalah stress2 biasa yg dialami oleh setiap orang dewasa yg
telah menempuh alam pekerjaan…stress wktu kerja, stress dengan bos, stress
dengan klien, stress dengan masa dan mcm2 lagi… Apa jenis stress skali pun kita
perlu tangani dengan bijak dan tidak cepat mengalah, putus asa, dan
memencilkan diri dengan setiap perkara yang berlaku sehingga membuatkan diri itu
stress dan menganggu perjalanan urusan yg dilaksanakan setiap kali waktu
bekerja... Sy tak terlepas dari stress especially bila waktu
bekerja..disebabkan hanya sy sahaja staf dlm ofis tu, byk perkara yg perlu
difikirkan dan perlu dilaksanakan dlm satu masa yg mana sepatutnya 2-3 orang yg
boleh buat kerja2 tu…ok, bila dh bos suruh buat itu dan ini tanpa memikirkan
byk lagi kerja lain yg perlu dibuat, makin stress la lagi2 perlu disiapkan pd
waktu yg sama…sape tak stress kalo dapat arahan kena buat 2 atau 3 kerja dlm
masa sehari…pening jdnyer… itu kena buat, ini kena buat lepas tu ada benda lain
plak kena buat…tak ke haru namanya…kdg2 rasa nk marah, tak puas hati dan putus
asa dan terfikir nk cari kerja lain pun ada time tu tp nk buat mcm mane, kita
ni cuma pekerja mkn gaji jer..lain la kalo jd bos, asalkan ada staf, semua
kerja diperintah kepada staf utk buat itu dan ini… sbb tu stress menjadi2 smpai
sakit kepala mcm org migrain..mcm2 hal plak jadinyer nnti… sbb tu la nk kena
pandai tangani stress2 mcm ni…apa yg perlu sy lakukan untuk tanganinya??? Ini
yg jd stressed out ni…
Muka stress ke ni??? hehehe... aptb...
Apapun stress yg dialami, yg
penting kita sbg umat islam perlu sentiasa mengamalkan sikap2 positif,
berfikiran matang dan jauh ke hadapan serta melaksanakan tanggungjawab yang
dipikul dengan sebaiknya. Pada saya, kalaulah ada ubat yg boleh mengubati stress, ubat
yg paling berkesan, paling mujarab dan dapat menenangkan fikiran dan jiwa adalah
dengan menunaikan solat, beristighfar, berzikir dan memohon doa dari yang Maha
Esa agar setiap perkara yang yang ingin dilaksanakan mendapat petunjuk,
keberkatan dan keredhaan dariNya….
Insyaallah, akan bercerita lagi
di blog akan datang…just nk share pasal stress ni pun utk luahkan sedikit masalah
sehari-harian yg berlaku disekeliling kita…tak bermaksud nk memainkan hati
mana2 pihak, just sebagai pandangan dan pengajaran utk diri sendiri…
Ok, lain2 perkara akan diceritakan kemudian... jika ada masa terluang, akan update lg...
Assalamualaikum...
Take Care & Smile Alwayz...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan