Kisahku ketika zaman kanak2
ribena…
Assalamualaikum…
Selamat Petang semua… Fuhhhh….
Panas btul cuaca hari ahad ni kan…Hujung minggu ni apa lagi kalo bukan kena
attend kenduri kawen saudara-mara kan…mana taknyer…kan tgh cuti skolah…masa yg
paling sesuai untuk mereka yg bergelar suami isteri untuk mengadakan majlis
persandingan… bru 2 jam lepas balik dari kenduri kawen… makanan pun sedap2 td cuma
tak sempat nak tgok pengantin bersanding sebab lama sangat tunggu pengantinnye bersiap
untuk sampai..apa lagi, bila abahku dan kakak sulungku mrangkap driver masa gi kenduri tu dh tak tahan panas, nk blik umah trus la… smapia je umah trus me’landing’kan diri sambil ditemani
laptop tersayang sbb jari dh gatal nk menaip…
Hari ni just nk bercerita skit kisah
ketika aku masih lagi kanak2 ribena…hahaha…idea bru je datang…tak tau nk
mula dari mana…. Apa yang ingin diceritakan ni mgkin dapat memberikanku
inspirasi lain untuk tulis pd blog akan datang…huhu…
Serba sedikit tentang gadis
chubby bernama Dilla Othman…Dilahirkan dlm keluarga yang sederhana, hidup
bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain… Aku adalah anak keempat
dari enam beradik… Aku anak yang tengah tp paling manja skali dengan abah
kesayangan berbanding adik bradik yg lain….aku admit, mmg aku anak kesayangan
abah…mak pun syg cuma tak terlalu memanjakan aku seperti org lain…biasa la
kalau dh nama pun mak, dia lebih mementingkan pelajaran, adab, sikap dan
perangai anak2nya supaya bila dah dewasa nnti tak menyusahkan mereka… Ketika
kecil, Abah memanjakaku seperti kanak2 lain…tapi aku tidak terlalu meminta apa
yg diinginkan seperti kanak2 seusiaku kerana aku tahu, mereka tidak mengajarku
untuk meminta apa sahaja yg diinginkan dengan kehidupan keluargaku yang
sederhana… Ibubapaku tak terlalu memanjakanku dengan membeli barang permainan
yang mahal dan diidamkan anak2nye ni… Disebabkan oleh itu, kerap kali mereka akan
sentiasa mengingatkanku bahawa kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang
kita terima dan tidak terlalu berharap untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan
dalam hidup… Dari kecil juga, aku telah dididik supaya sentiasa menghormati,
menyayangi dan mengasihi mereka dan juga org lain, pandai berdikari, tak mengharap
pertolongan orang lain dan pandai menjaga diri sndiri…
Mak & Abah Kesayanganku...Ibubapaku dunia dan akhirat....Luv them both so much...<3<3<3
Tiba2 terkenangkan situasi ketika
usiaku 7 tahun, mak memberikanku wang saku sebanyak RM1.00 untuk belanja
sekolah… ketika itu, aku tak pandai lg nk uruskan duit belanja sendiri kerana
pantang sahaja nampak benda yg hendak dibeli, aku akan trus beli tanpa berfikir
dahulu… Smpi satu masa, tak ckup duit belanja time nk rehat sebab terlebih pkai
masa tu.. satu hari, sebelum loceng kelas bermula, tiba sahaja di sekolah, ada
seorang penjual aiskrim dengan motornya yang hampir setiap hari, setiap kali sebelum
waktu kelas brmula, penjual aiskrim tu akan berada di belakang pagar
sekolah…aku pun ape lagi, dengan perasaan gembira mengada-ngada dan suka
hatinya trus beli sebatang aiskrim colek @ aiskrim kon dengan harga hanya 20
Sen ketika itu…Suka makan aiskrim punya pasal lbih2 lagi erisa COKLAT, hampir
setiap hari makan aiskrim colek tu…mak pun kadang2 marah kan aku sebab asyik
makan aiskrim je sampai satu masa gigi pun trus hilang satu per satu…
hehehe…biase la, nama pun budak perempuan (rasa mcm tomboy pun ada), tak sah
kalo tak makan aiskrim…hehehe…kadang2 ketawa sendirian terkenangkan perangaiku
ketika tu…
Aku ketika usia 7-8 tahun kalo tak silap bersama adik perempuan kesayanganku ketika majlis harijadinyer..... (Aku macam tomboy tak...hehehe...dah la gelap, tak lawa kan) merendah diri skit...huhuhu...:-p
Aku tak seperti kanak2 perempuan
seusiaku yg lain ketika itu yang ada anak patung sebagai peneman tidurnye mahupun
permainan alatan solek ataupun memasak… aku seperti anak2 kampung yang bermain
teng2, lompat tali getah, kejar2, main masak2 dan mcm2 lagi bersama sepupu2
yang sukakan permainan seperti itu…Kenangan yg paling tak dpat dilupakan kerana
dapat berkumpul bersama sepupu2 yang hampir seusia bermain bersama.. Satu lagi
kenangan adalah ketika di Tahun 1 di sekolah waktu tu, aku boleh dikatakan
kanak2 perempuan paling menjeng (mgkin dlm bahasa jawa kot sebab aku ada darah
jawa…hahaha) yang bermaksud mengada-ngada dan aku juge suke menangis…pantang
aje kalau ada benda yg tak kena, mesti akan mengalir air mataku yang tak
seberapa tu…berbanding dengan adik beradik ku yg lain, ketika msuk Tahun 1,
hanya aku seorang sahaja yang menangis ketika datang sekolah dan balik sekolah…sebab
apa?? Cer teka2?? Sedangkan ketika di Tadika dulu pun aku kanak2 yang paling
gembira masa tu sbb dpt main dengna kwn2, belajar sama2 dan mcm2 lg… Kisahnya
sebab apa aku menangis semasa di Tahun 1 dan juga ketikaku di Tadika akan ku
ceritakan kmudian …Sebab penat menaip, mata rasa mcm nak kuyu so nk have a
break dan akan diceritakan nnti...
Ok, bye..Take care & smile alwayzz…;-)
Assalamualaikum..
Dilla Othman